Sunday, June 15, 2008

Tanam Peria

29.7.2008
Selasa
Pagi tadi kami kutip sebiji peria yang paling besar. Buah peria dikerat dua, satu masak tumis untuk lunch, dan satu lagi untuk jiran seberang jalan Puan Fiza.

Petang tadi tenguk-tenguk pokok peria. Pokok yang hujung sana ada tanda-tanda beberapa helai daun bahagian bawah yang mulai kuning. Pokok hujung sini belum ada tanda begitu. Pengalaman menanam cili, ingatkan kita bahawa daun sampai masanya akan kuning dan gugur. Tetapi segera diganti dengan daun baru.

Juga ada nampak 3 buah peria baru nak jadi dan mulai membesar.
20.7. 2008


Setakat ini sudah ada 6 peria yang tergantung. Masih kecil.

Bunga jantan keluar dengan banyaknya. Bunga jantan mempunyai tangkai yang panjang dan halus. Bunga betina pula awal-awal lagi sudah ada bentuk buah. Setakat ini belum ada tanda-tanda penyakit. Baja yang digunakan ialah kompos, dan NPK biasa, ditabur tiap-tiap hari Ahad.

End update 20hb julai 2008



Gambar ini diambil pada 9hb Jun 2008

No comments: