Wednesday, June 18, 2008

Biak Cendawan

3.8.2008 Ahad. Tutup Group B Semalam kesemua Group B telah ditutup bekasnya. Jadi untuk Group B, tempoh buka ialah 25.7-2.8.2008 selama 7 hari. Ada yang telah ditutup beberapa lebih awal.
30.7.2008 Rabu. Kesemua bekas menjadi. Ada 2,3 bekas yang menghasilkan single stem manakala yang lain adalah multiple stems.
29.7.2008 Selasa. Sudah mulai bercambah, dan terjulur keluar dari mulut bekas.
28.7.2008 Isnin. Group B belum ada tanda bercambah.
25.7.2008
Jumaat Buka Group B Malam lebih kurang pukul 10, 10 penutup bekas cendawan group B dibuka. Juga dibuka satu dari group A yang bertanda "old".

Manakala 10 lagi dari Group A sedang direhatkan. Group C pula ada 20 bekas dan akan mula dibuka pada 19.8.2008 ini.
24.7.2008: Khamis Tutup Group A Group A mula ditutup dan direhatkan. kesemua 10 bekas mengeluarkan hasil.

20.7.2008




Rak yang digunakan ialah rak kasut plastik, beli di Giant Shah Alam dengan harga RM14 satu. Ada 2 unit, boleh tampung 40 bekas.
Cendawan mengembang dengan baik pada 3hb Julai 2008
Cendawan keluar tidak serentak walaupun tudungnya dibuka pada waktu yang sama.

Cendawan menyerbu keluar.

Baru-baru ini masa ke Melaka singgah di rumah Hajah Ramlah di Seremban. Dia dapat sebungkus cendawan.

end update 20hb julai 2008:








18.6.2008. Ada 11 bekas. 6 darinya mula keluar cendawan. Bekas diletak disudut living room tepi pintu toilet. Renjis air dengan spray bila teringat. Nota tarikh atas plastik adalah tarikh mula media cendawan. 2 bulan selepas diperam dalam tempat gelap, baru penutup dibuka dan sedia membiak.

20.6.2008. Buka 10 lagi bekas cendawan. Yang terdahulu, 5 perdu cendawan sudah dikeluarkan. Sup cendawan akhirnya. 2 lagi baru nak tumbuh.

No comments: