Sunday, June 15, 2008

Tanam Cili

29.7.2008: Benih cili padi sudah mula bercambah dengan dua daun.
hari ini kami campak saja biji benih cili merah di kawasan hadapan rumah, tepi pokok-pokok bunga....

26 Julai 2008: Benih cili padi yang baru telah disemai serentak dengan cherry tomato. Tomato telah beberapa lebih awal bercambah. Benih cili baru mula menolak butir-butir tanah. Kami bercadang untuk mewujudkan 2 kawasan yang duplicate antara satu dengan lain.

Maksudnya selepas habis musim cili di kawasan A, cili dikawasan B pula mengambil peranan. Kita ingin mengamalkan konsep rotation atau pusingan tanaman. Berterusan menanam pokok yang sama akan menyusutkan nutrient dalam tanah dan mengajak penyakit tanaman bertandang.

20 Julai 2008: Cili padi sudah berbunga kali ke3. Satu perdu sudah dicabut, kerana pertumbuhannya merosot, kelihatan terlalu kuning. lokasinya diganti dengan kacang tanah yang ditanam terus dengan biji. End update 20 julai 2008
Gambar ini diambil pada 9hb Jun 2008

No comments: