Friday, June 20, 2008

Tanam Kacang Bendi

28.7.2008: Empat(4) perdu bendi nampaknya sudah mula menampakkan rupa buahnya.

25.7.2008:
kesemua pokok bendi tumbuh dengan segar, hanya satu saja kelihatan sedikit tergencat.
-----------------------------------------------------------------

20.7. 2008 Bendi awal-awalnya disemai dalam pasu kecil, dan diubah ketanah bila berdaun empat. Sudah nampak segar. Tanah ditutup dengan rumput kering untuk mengelak dari panas terik dan terhakis bila hujan lebat.

--------------------------------------------------------------

25.6.2008: Gambar lokasi asal sebelum batas dibina.


--------------------------------------------------------------

Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

Menanam
Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang.


Penuaian
Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika: i. 50 - 55 hari selepas menanam.ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur.
Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar 20hb Jun 2008
Sedang berkira-kira untuk tanam 6 perdu bendi.

1 comment:

fiexa said...

bagusnya bercucuk tanam.
parents saya ada tanah and tanam kunyit, serai, pisang, cili.
hasil tanaman di jual ke?