Sunday, June 15, 2008

Tanam Terung

10.8.2008 Ahad
Kelihatan 2 biji terung sudah mula berbentuk dan membesar. Semalam 3 perdu terung seolah nak tumbang. Pagi ini, buluh yang dulu digunakan sebagai tupang untuk cili, diubah sebagai tupang untuk terung dan bendi pulak. Kawasan sini memang kuat anginnya.
29.7.2008 Selasa

3 pokok terung sudah berbunga. Pokok yang paling besar sudah ada 3 bunga. Warnanya purple muda, sangat menarik, bunganya tunduk kebawah.

Yang keempat, dari awal lagi agak terbantut, sedang mengejar pertumbuhan dan kini bercabang dua, dan daunnya makin melebar.


20.7.2008 Terung sudah mula nak berbunga. Terung ini adalah terung jenis purple bulat.

End update 20 julai 2008: Dua tumbuh cepat dan dua lagi perlahan. Yang perlahan itu sebab terbantut masa kecil dalam pasu, kerana terlampau ghairah gembur tanah dalam pasu.


18.6.2008. Ada tiga pasu kecil. Kelihatan sihat. Terung sebenarnya membesar dengan perlahan. Weekend ini akan ubah ke tanah.

No comments: