Sunday, June 15, 2008

Tanam Bayam

29.7.2008 Selasa
Semalam ke Carrefour. Selain dari keperluan biasa, kami juga beli seikat bayam batik merah-hijau dengan harga 47sen. Niat hati adalah untuk ambil pucuk dan tanam!


20 julai 2008: Bila ubah ketanah, bayam dapat tumbuh dengan baik. Kelihatan beberapa perdu yang baru dikerat untuk buat sayur. Sepatutnya bila dikerat bayam dapat tumbuh semula. Hujung kiri dalam gambar terdapat bayam yang ditanam dengan batang bayam, juga dari jenis bayam hijau. Batang bayam adalah lebihan dari yang dibawa pulang dari pasar selepas daunnya dibuat sayur. Setakat ini tidak ada kesan serangan serangga. End update 20 julai 2008
Gambar ini diambil pada 9hb Jun 2008

No comments: