Update 20hb Julai 2008 Ada 3 perdu semuanya. Waktu awal dulu letakkan bberapa biji benih. Bilabercambah 4 daun biarkan satu saja yang tumbuh. Tentulah yang sihat dan cergas. End Update 20hb Julai 2008
18.6.2008. Awal pagi tadi saya semai kacang hijau ditiga lokasi secara berderet. Setiap lokasi ada 3-4 biji benih.
Kami suka berkebun sekitar rumah. Ini adalah catatan mengenai kebun kami, sebuah kebun kecil.
Masa terluang adalah sangat terhad untuk berkebun. Usaha ini adalah usaha bersama suami isteri. Dalam penerokaan "home gardening"ini, kami berjumpa dengan istilah kompos, kenal kumbang, serangga, ulat, cacing, baja, dan benih.
Satu kegembiraan bila pokok dapat tumbuh segar, berbunga dan berbuah. Selain kegunaan sendiri, jiran dan rakan dapat tumpang rasa.
No comments:
Post a Comment